Friday, November 1, 2013

Bunga - Bunga Cinta...

[OST Dalam Mihrab Cinta]

Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

Friday, September 6, 2013

Assalam CIKGU...

Assalam to all my lovely muslim... a long time i did'nt update my blog..huhuhuhu...  Alhamdulillah.. this is my first post as a teacher... i'm very love this profession... now i'm work as a teacher at subang jaya... now i'm already to learn about  powerful strategies and tactics that 

REDUCED my total study time...and focus on my 

carrier... huhuhuhu. :)

Friday, June 7, 2013

akan tiba masanya...

Alhamdulillah... bersyukur dengan apa yang saya ada.. 
 Sesungguhnya, tangis tak akan  menghentikan duka,
Seperti lautan yang takkan kering walau dipanah mentari jingga, Kerana roda-roda hidup kan tetap terus berputar,
Selagi dunia masih  belum bertemu titik noktahnya....

RINDU..
A JOURNEY... Berbulan-bulan rasanya tak mengupdate blog...   mana tidaknya.. hidup saya hanya dipenuhi dengan keserabutan menyiapkan assignment dan juga tugasan journal..

  Alhamdulillah..
saya yang memilih perjalanan hidup dengan mencari ilmu ini...
moga kejayaan akan dikecapi kelak...
Aamin...

Sunday, March 31, 2013

Sunday, March 3, 2013

Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.

Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.
Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.

Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.

Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untukperbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah dan  masa depan.

Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.

Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.

Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?

Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan

Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang.



Sunday, February 24, 2013

sama2 kita muhasabah...


★•.•´¯`•.•★ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ★•.•´¯`•.•★



★═══════ ●❤● ═════...══★★═══════ ●❤● ═══════★★



Assalamualaikum wahai perindu syurga dengarlah pesananan ini ~



Mencari Mardhotillah.....

...
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH..

Sunday, January 27, 2013

B.E.R.M.A.K.N.A

Bingkisan Istimewa untuk saudariku yang berkenginan dan berusaha menjadi pecinta kitabullah.. cukup bermakna..

Saturday, January 26, 2013

How beautiful life can be...

assalamua'laikum to all my luvely muslim..
alhamdulillah..
after for a long time i'm not update my blog.. i'm coming again to active back my journey.. a long journey being a better muslim.Haha. I guees ive been verryyyyyyyy busy till I cant find the time to actually update my blog... 
Alhamdulillah.. this year i'm very lucky because got opportunity to work at SRINI.. One of the  school which train student to be tahfiz al-quran...
 
Alhamdulillah.. how time fly so fast.. now in january and next week we should wish happy febuary.. may Allah always bless us with nur from jannah...
For all my dear friend.. lets we pray to each other to being a better muslim..

Tuesday, January 1, 2013

BERUSAHA KALAU MAHU...

Apabila kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, hanya ada dua sebabnya. Pertama, kerana kita tidak benar-benar inginkannya. Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga' untuk mendapatkannya!
-ustaz Pahrol-

 

Monday, December 24, 2012

End of semester . Alhamdulillah =)...

Inside thewindow I have a Big Dreams and i want to fulfill my dreams and that is what i'm doing right now.

Always start the day with a smile and do what are the things that will make ME  happy

^_^ 

Erkk.. finally.. i'm coming back to update my blog.. of course i need to finish my hectic days with a lot of assignment, task, proposal, kolokium and so on...huhuhuhu

Alhamdulillah... everything going well.. may Allah bless  our effort to being a better Muslim with happiness..

 

Monday, November 26, 2012

Cantik dan Indah.... ^_^


Kisah Salman dan Ummu Darda’

‘Aun bin Abi Juhaifah dari ayahnya berkata, “Nabi Saw mempersaudarakan Salman dengan Abu Darda’. Salman menziarahi Abu Dar’da’. Dia melihat Ummu Darda’ (isteri Abu Darda’) mengenakan pakaian kerja sahaja. (Tiada perhiasan). Salman bertanya kepadanya, “Bagaimana keadaanmu?” Dia menjawab, “Saudaramu tidak memerlukan dunia lagi..” (HR Bukhari)
Nabi tegur perbuatan Abu Darda’ ini.

Kisah Aisyah dan Isteri Uthman bin Mazh’un

 

Berhias secara sederhana dan wajar mengikut adat masing-masing adalah suatu fitrah.

Jangan tak berhias langsung macam duduk dalam iddah sepanjang usia.

Jangan pula keterlaluan hinnga melanggar 5 syarat: 1) Tutup aurat 2) diterima uruf/ adat 3) tak sama macam lelaki 4) tak sama macam syiar khusus wanita kafir 5) bersederhana


Ada banyak hadis-hadis Nabi yang mengiktiraf fitrah wanita berhias se
cara sederhana dan wajar. Antaranya ialah:
Abu Musa al-Asya’ri berkata, isteri Uthman bin Mazh’un menemui isteri-isteri Nabi SAW. Selekeh. Nabi jumpa suaminya lalu menegur, “Wahai Uthman, apakah engkau tidak mempunyai suri tauladan pada diriku?” Setelah itu, wanita itu datang dengan wangian seakan dia seorang pengantin. Mereka berkata, “Wah!” ‘Telah menimpa kami apa yang menimpa manusia.’ (HR Thabrani). Mazmauz Zawaid, Kitab an-Nikah, Bab Haqqul Mar’ah a’lal zauj.
Rasulullah Dan Wanita Tanpa Inai

Dari Ibnu Abbas, wanita datang tanpa inai. Baginda tidak mahu membaitnya sehingga dia memakai pewarna tangan. (HR Abu Daud).
Aisyah bercerita tentang wanita tanpa inai
Seorang wanita menghulurkan tangannya dengan sebuah kitab.
Wanita itu pelik. “Kenapa Nabi tak ambil?”
Nabi Tanya, “Ini tangan lelaki atau wanita?”
Katanya: “Wanita.”
Kata Nabi: “Lau kunta mroatu laghoyyartu azfaaroka bil hina’”
Maksudnya: “Jika engkau seorang wanita, sudah tentu engkau ubah warna kukumu dengan inai.” (HR an-Nasai).

Allah sukakan keindahan

Dari Abdullah bin Mas’ud, seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, “Sesungguhnya seseorang suka pakaiannya bagus dan seliparnya bagus.”
Nabi kata: “Innallaha jamil yuhibbul jamal.” (HR Muslim).
Memanglah Allah tu indah dan sukakan keindahan.

Tuesday, November 20, 2012

Dimana nilai kemanusiaan... T_T

Ya Allah..
selamatkanlah saudara seagama kami di GAZA yang dizalimi oleh kekejaman zionis.. Hindarilah mereka dari segala bala.. kerana tiada siapa yang berhak melainkan Engkau, Ya Allah....  
 
Menderma melalui SMS
Taip PALESTIN 10
(Nilai RM10/5/3/1)

Contoh: PALESTIN 10
Hantar ke 39111

Sunday, November 18, 2012

Doaku buat kalian...


Sahabat ...
Duniaku kini tiada ceria
Hilang entah ke mana
Detik-detik yang ku lalui
Penuh duri

Bilakah segalanya akan berakhir

Kedamaian kan muncul kembali

Mengapa tangisan itu

Masih terdengar lagi
Adakah tiada siapa peduli

Sahabatku ...

Bersabarlah dengan ujian Tuhan
Natijah kealpaan
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir 
Kedamaian kan muncul kembali

Ooo tangisan itu

Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli

Di mana nilai kemanusiaan

Sebagai hamba tuhan
Hadirlah kedamaian
Kami memerlukan
Hadirlah kedamaian

Kami memerlukan
Di bumi yang telah gersang


Tuesday, November 13, 2012

Teruskan perjuangan...

Teruskan perjuangan..biarpun seorang diri.. sy tak akan berputus asa... sya yang memilih untuk berdepan dengan segala apa rintangan... moga perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dri Ilahi..  Alhamdulillah.. selesai sudah siri 1 bengkel "Aku Penyelidik Muda"....  Alhamdulillah.... bersyukur dengan apa yang saya ada...

 
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Monday, November 12, 2012

Selangkah Perjalanan...

Sejauh mana kita pergi.. 
Sekuat mana pun kita lari.. 
Kita tidak dapat menghindar realiti.. 
dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri
BAHAGIAKAN DIRI DENGAN ASSIGNMENT...
(^_^ )
 
ANTARA ANGAN-ANGAN AND HARAPAN....